Kisah Arif, Muslim dan Ahmad mahu mengajak kawan-kawan berfikir dengan menggunakan pendekatan yang amat santai. Sedarkah kawan-kawan, sejak...
Kisah Arif, Muslim dan Ahmad mahu mengajak kawan-kawan berfikir dengan menggunakan pendekatan yang amat santai. Sedarkah kawan-kawan, sejak kecil kita telah dididik untuk berhati-hati sebelum melakukan sesuatu?
Tragedi yang berlaku dalam cerita ini mahu mengajak kawan-kawan untuk berfikir lebih jauh dan ia memerlukan pemahaman yang jelas terhadap sesuatu perbuatan. Kita tidak akan nampak jika hanya mendengar “kata-kata” sahaja. Kesannya kanak-kanak seperti kita tidak ambil kisah risiko yang akan berlaku sedangkan bahaya boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Mereka bertiga ada ragam masing-masing. Namun begitu, ada ragam di antara mereka yang boleh membawa padah kepada semua pihak. Moralnya, jangan ambil mudah dengan setiap teguran kerana kita sebenarnya mampu memahami dengan lebih baik seandainya di beri pemahaman yang lebih jelas.
Ingat! Setiap perbuatan yang kita lakukan adalah tanggungjawab kita sendiri. Sebelum melakukan sesuatu, fikir dahulu kesan dan akibat daripada perbuatan kita itu.

Salah seorang guru dari Sk Raja Bahar yang turut terlibat sama dalam projek 100 Guru Kelantan Menulis iaitu Cikgu Rodziah Binti Latif.
COMMENTS