LATAR BELAKANG National ICT Security Discourse: CyberSAFE TM Challenge Trophy merupakan salah satu program CyberSAFE in Schools yang...
LATAR BELAKANG
National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy merupakan salah satu program CyberSAFE in Schools yang bertujuan untuk mendidik serta mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu teknologi dan sosial yang dihadapi oleh para pengguna internet, terutamanya mengenai bahaya semasa berada atas talian.
Pertandingan National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy (NICTSeD 2018) merupakan program anjuran CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak penganjurannya pada tahun 2013, program ini telah berjaya mencapai matlamat melalui cara yang kreatif untuk menarik minat pelajar dan guru tentang pengetahuan keselamatan siber.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal mengenai isu-isu semasa berkaitan ICT, keselamatan siber dan penggunaan Internet secara positif, menggalakkan keyakinan diri melalui pengucapan awam (public speaking), dan kemahiran interpersonal dan menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS).
Pertandingan ini menggunakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar.
INFO TERKINI
Pusingan Kelayakan terbuka kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendaftaran ini dibuka mulai 16 Mac hingga 16 April 2018.Segala maklumat berkaitan pendaftaran dan syarat pertandingan boleh layari melalui alamat url berikut: http://www.cybersafe.my/nictsed/
Segala pertanyaan dan kesulitan tentang perkara ini boleh diajukan terus ke alamat emel berikut:nictsed@cybersecurity.my atau menghubungi Nurul A’syiqin Haris di talian 03-20817777 Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan.
COMMENTS