AHMAD (kiri) bersama guru yang menulis di dalam buku Tinta Mualim. – Foto Fathil Asri KOTA BHARU: Lebih 43 cerpen yang dikarang oleh 10...
AHMAD (kiri) bersama guru yang menulis di dalam buku Tinta Mualim. – Foto Fathil Asri
KOTA BHARU: Lebih 43 cerpen yang dikarang oleh 100 pendidik terdiri daripada guru, pensyarah dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dikumpulkan dalam buku yang berjudul Tinta Mualim.
Pengurus Projek 100 Guru Berkarya, Sanarehan Sidik, berkata projek itu bermula pada Ogos 2016 apabila 100 guru dan pendidik hadir dalam bengkel penulisan kemudian diolah penulisan mereka supaya dapat dikumpulkan dalam Tinta Mualim.
“Selepas melalui proses suntingan, buku ini diterbitkan pada Februari lalu yang mengumpulkan kisah inspirasi dan adaptasi daripada pengalaman pendidik itu sendiri untuk dibaca oleh semua golongan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran buku Tinta Mualim, di sini, hari ini.
Yang turut hadir adalah Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan, Ahmad Sulaiman.
Sanarehan berkata pada hari pelancaran sebanyak 3,000 buku diterbitkan dengan lebih 1,000 buku sudah dijual.
“Kita juga mendapat tempahan dari luar negara iaitu Brunei, Singapura dan Arab Saudi dan pihak kami turut mempertimbangkan akan mengolah buku berkenaan ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
PENGURUS projek 100 guru berkarya, Sanarehan Sidik menunjukkan buku Tinta Mualaim yang ditulis oleh 100 orang guru. – Foto Fathil Asri
“Melalui buku berkenaan, secara tidak langsung kami dapat berdakwah serta menyampaikan ilmu mengenai kehidupan kepada anak didik kami melalui penceritaan,” katanya.
Sanarehan berkata, orang ramai boleh menghubungi Facebook Annur Raudhah Publication untuk mendapatkan buku Tinta Mualim.
“Harga bagi sebuah buku adalah RM25 manakala untuk satu set terdiri daripada tiga buku berkenaan dijual pada harga RM60,” katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257002
COMMENTS