Sarana Ibu Bapa bantu atasi masalah disiplin

Kepentingan Sarana Ibu Bapa perlu diutamakan di setiap sekolah bagi memastikan ibu bapa turut memainkan peranan seiring dengan keperluan ...

Kepentingan Sarana Ibu Bapa perlu diutamakan di setiap sekolah bagi memastikan ibu bapa turut memainkan peranan seiring dengan keperluan negara untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan akhlak . Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, usaha itu penting bagi memastikan ibu bapa turut terlibat dalam kegiatan anak-anak mereka di se­kolah sekali gus mampu menghindari mereka daripada terlibat ke­giatan negatif. Menurutnya, perkara itu terbukti dengan beberapa kejayaan beberapa sekolah yang meletakkan peranan Sarana Ibu Bapa di sekolah mereka sebagai satu kemestian yang wajib dipatuhi. “Misalnya, ada satu sekolah luar bandar di Sabah mendapat pengiktirafan sekolah cemerlang, tiada masalah apa-apa dan apabila dikaji rupanya peranan ibu bapa amat aktif di sekolah itu, setiap bilik darjah sekolah dijadikan bilik darjah angkat oleh setiap ibu bapa. 

“Ini menunjukkan salah satu peranan yang dimainkan oleh ibu bapa seperti yang diharapkan me­lalui Sarana Ibu Bapa dan usaha ini terbukti meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah itu,” kata­nya ketika ditemui di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Sehubungan itu, kata beliau, gejala negatif seperti ponteng sekolah atau kes buli yang berlaku sejak kebelakangan ini boleh diatasi sekiranya fungsi serta kepentingan Sarana Ibu Bapa dapat ditekankan di setiap sekolah. “Ibu bapa boleh memainkan pe­ra­nan mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka berbanding hanya bergantung kepada pihak sekolah untuk menguruskan perihal anak mereka,” katanya. 

Tambah Mary Yap, ibu bapa mesti melibatkan diri mereka da­lam apa jua kegiatan dan aktiviti di sekolah memandangkan anak-anak memerlukan perhatian serta sokongan keluarga. Sebagai contoh, kata beliau, dalam kes buli pelajar di sekolah, ada pelajar yang terlibat dalam kes tersebut dikenali sebagai pelajar yang baik malah tidak mempunyai rekod sebagai pelajar nakal namun akhirnya terlibat membuli sehingga mencederakan pelajar lain. “Oleh itu, kita perlu tahu apa yang tidak kena dengan pelajar ini, mengapa pelajar ini bersikap demikian dan paling penting, bagaimana latar belakang keluarga pelajar itu dan dari situ, barulah kita bantu dengan sesi kaunseling. “Bagaimanapun, dengan bantuan kaunselor ini, kita tidak boleh harapkan perubahan yang menda­dak kerana untuk menangani pelajar seperti ini mengambil masa, bukan hari ini kita bagi kaunseling esok pelajar pulih,” katanya. 

Pada masa yang sama, kata beliau, pihak sekolah sama ada sekolah harian, asrama atau vokasional perlu bijak menilai psikologi pelajar dan tidak seharusnya mengecil-ngecilkan keupayaan pelajar.

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Name

Frog,5,Koku,2,Makmal,2,Panitia,2,Pembestarian,6,PSS,7,rencana,3,Sarana,3,slider,6,terkini,5,upsr,7,
ltr
item
Blog Rasmi SK Raja Bahar: Sarana Ibu Bapa bantu atasi masalah disiplin
Sarana Ibu Bapa bantu atasi masalah disiplin
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwiHv4cxEHEhGyqnYlorTK-jxyG2Wdf8iIPpeLA5eXfNh4cGOUYklsRxe2mhLFLvzQzu2gRafxqY_ePJzCFU8T81Jk07h8ztDxKq0LoojhrRD96FjRlATuOvYGVDGavLF5EvIAaxwYur4/s320/28058473_1577676909021441_6929910317693320651_n.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwiHv4cxEHEhGyqnYlorTK-jxyG2Wdf8iIPpeLA5eXfNh4cGOUYklsRxe2mhLFLvzQzu2gRafxqY_ePJzCFU8T81Jk07h8ztDxKq0LoojhrRD96FjRlATuOvYGVDGavLF5EvIAaxwYur4/s72-c/28058473_1577676909021441_6929910317693320651_n.jpg
Blog Rasmi SK Raja Bahar
https://dbb1108.blogspot.com/2018/05/sarana-ibu-bapa-bantu-atasi-masalah.html
https://dbb1108.blogspot.com/
https://dbb1108.blogspot.com/
https://dbb1108.blogspot.com/2018/05/sarana-ibu-bapa-bantu-atasi-masalah.html
true
2560542234159415609
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy